Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Yang Hodoh Mengenai Maharaja Lawak ASTRO

Aku suka membaca. Dan membaca blog tu salah satu daripada kegemaran aku. Lots of blog. And one of them is ariffshah blog. Well talented bloggers and a techno-freak person since i know him from secondary school. Dan aku baru baca entri, “Kenapa Aku Tak Tengok Maharaja Lawak”. And seriously, aku tak terkejut. Sebab aku sangat bersetuju dengan pandangan dia mengenai Maharaja Lawak ni. Good points Ariff. And well, he is a serious-type person. An ordinary and stupid joke can never make him laugh. He is not a machine. He is a cyborg. Half human and half machine. Joking. No hard feeling Ariff.

Maharaja Lawak ASTRO

Maharaja Lawak ASTRO

Daripada mulanya rancangan Raja Lawak ni, tak ramai pun peserta-peserta dia adalah betul-betul melawak. Kebanyakan diorang ni membuatkan diri mereka nampak bodoh kat atas pentas. Seriously. It’s true. Tak percaya? Tengok jelah Amir Raja Lawak. Malas cakap banyak. Dia cuma marketing tools oleh Astro untuk memancing undi orang di Pantai Timur. Gomo Kelate Gomo.

Ada satu lagi benda yang membuatkan aku hairan dan pelik dengan kualiti lawak peserta-peserta Maharaja Lawak dan jugak Raja Lawak ni. Ada trend macamni, kalau peserta solo, beseorangan, diorang cenderung membuat lawak membodohkan diri sendiri. Kalau peserta berkumpulan, diorang lebih cenderung mengutuk dan membodohkan rakan sekumpulan diorang. Betulkan? Hehe. Setakat buat lawak kutuk-mengutuk, sungguh tak best. Siapa kat sini suka kena kutuk lepas tu orang ramai gelakkan? Angkat tangan? Oh! Ada jugak! LOLZ!!

Well, memang susah nak buat orang gelak. I admit it. Seriously, aku pun susah nak buat parents aku gelak. Inikan pulak nak buat orang ramai gelak. Lagi-lagi kat atas pentas. Memang mencabar. But that is Maharaja Lawak and Raja Lawak is all about. Making people laugh while wasted their money on their favourite joker. Hahaha. Tapi please. Jangan membodohkan diri sendiri dan orang lain. I know u guys can do better than that. And i hope, i can see that tomorrow night!

Nak berhibur tu ok je tapi kalau sampai terikut-ikut dan fanatik sangat tu nanti yang masalah gak. Hiburan ni ada yang membina, ada yang sekadar hiburan sahaja. kena seimbangkan dalam hidup. Tapi kalau kat Malaysia ni, kalau tak ikut benda-benda macam ni, nanti bila time berborak, tak boleh masuk plak.

Minggu Pertama

Lepas habis program Raja Lawak 5, Astro datang dengan idea baru berkonsepkan perhimpunan Raja-Raja Lawak. Instead daripada diorang buat Reunion macam yang selalu berlaku dalam AF, diorang himpunkan semua pemenang-pemenang dan finalis-finalis Raja Lawak dari musim pertama sampai ke musim yang ke 5 ni untuk bertanding. This idea is seriously cool! Maka kesemua mereka-mereka ni akan merebut gelaran MAHARAJA LAWAK. Terbaik! So berdasarkan nama rancangan tersebut, aku sangat mengharapkan persembahan mantap daripada kesemua peserta.

Biasalah, kalau daripada program Raja Lawak pun, kita dapat tengok setiap minggu sememangnya ada peserta yang superb dan ramai juga yang below par. Itulah sebenarnya yang aku cuba nak sampaikan dalam entri kali ini. Peserta yang best aku akan bagi gelaran HERO dan yang kurang best dan below par aku akan gelar ZERO.

So siapa Hero dan Zero untuk minggu pertama ni??

HERO Maharaja Lawak Minggu Pertama – Nabil

Serious. Aku tahu, mungkin ramai yang tak puas hati dengan pilihan aku minggu ni. Sebab kumpulan Sepah, Balas dan Jozan jugak beraksi mantap. Tapi dalam ramai-ramai peserta Maharaja Lawak minggu ni, lawak Nabil sangat berbeza. Hahaha. Aku suka cara dia bermain dengan imaginasi. Walaupun dia bercakap seorang diri di atas pentas untuk jual barang, aku dapat rasa yang sememangnya ada orang di depan dia. Dan lakonan dia rewind tu memang brilliant! Memang cool!

Rasanya tak perlu aku jelaskan panjang lebar sebab apa aku pilih Amir sebagai Zero untuk minggu first ni. Aku tak nampak kematangan Amir dalam berlawak. Isinya ada. Cuma pengolahan ideanya tu tak beberapa menarik. Masalah pada Amir sebenarnya dia bercakap terlalu laju. Dan ini sangat menganggu pertuturan dia waktu berlawak. Dan intonasi percakapan Amir ni, hurm…well.. seriously tak menarik. Aku rasa Amir pun tahu kat mana performance dia minggu ni. Cuba lagi ye Amir.

Minggu Kedua

Ades. Lambat pulak aku update blog. So, aritu kita dah tengok siapa Hero dan Zero Maharaja Lawak Minggu Pertama, So hari ni kita usha pulak siapa Hero dan Zero ML minggu kedua ni. Let’s check it out!

Minggu ni Nabil buat lawak bersiri dan pada aku memang best, tapi aku rasa Jambu patut digelar Hero Maharaja Lawak minggu kedua ni. Sebabnya lawak diorang memang menjadi. Berdekah-dekah aku gelak tengok lawak diorang haritu. Dengan baju pink nya. Ya ampun! Hahaha. Superb betul lawak Jambu. So, koranglah Hero minggu kedua ni Jambu! Yeaah! Tahniahh!

Ini sememangya aku tak jangka, lawak diorang ni memang langsung tak menjadi.Aku tak percaya ada orang yang lagi teruk daripada Amir. Memang payah kalau masuk rancangan realiti lawak ni, kita buat persembahan, orang tak gelak langsung. Kalau korang tak percaya, tengoklah video kat bawah ni. Serius, lawak diorang minggu ni sikit pun tak kelakar. Maksud aku, memang betul-betul tak kelakar, malahan menjengkelkan. Tahniah Wai, tak kelakarlah korang minggu ni. Sila cuba lagi.

Minggu Ketiga

Strategi pemasaran Astro kali ni memang ala-ala Nazi. Saje suruh orang langgan pakej Mustika untuk tengok Maharaja Lawak . Hampeh tol. So, takpe aku layankan. Nak tengok Maharaja Lawak punya pasal, aku pun carik kedai yang ade langgan pakej Mustika ni. Nasib baik tak jauh pun. Dapat jugak pekena lempeng kat kedai tu. Terbaik! Hohoho. So here my choice of Hero and Zero of ML week 3.

Hero Maharaja Lawak Minggu Ketiga – Nabil dan Sepah

Dah lama tak tengok Nabil kat Tv. Yelah, lepas kontroversi gambar comolot tu kat MELODI, aku dah jarang nampak Nabil keluar kat Tv. Kalau ada pun maybe kat ASTRO WARNA yang aku tak langgan. Hampeh. So, malam tadi aku memang ketawa tak ingat dunia akibat lawak Nabil. Serius. Terbaik. Kreatif. Superb. Dan aku rasa Nabil sememangnya berbakat sebagai pelawak berdiri (stand up comedian). Bagi sesiapa yang pernah tengok filem Nabil “Lu Pikirlah Sendiri” dan “Sifu dan Tongga” aku rasa memang rasa menjengkelkan kedua-dua cerita tu. Sebabnya? Mudah! Lawak Nabil cuma sesuai di atas pentas. Sebab dia seorang pelawak dan bukan seorang pelakon yang baik. Sebab Nabil ni berasal dari Negeri Sembilan, samo tompek ngan den, memang den suko donga loghat eh. Kono ngan jiwo den ni ha. Kok kalau omak den ngan wan den nengok si Nabil ni buek lawak, kompem diorang suko. Hahaha. Itu salah satu sebab aku pilih Nabil sebagai Hero Maharaja Lawak Minggu Ketiga ni. Dio sorang yo, takdo geng!

Lagi satu, kumpulan Sepah pun terbaik! Layan!

Zero Maharaja Lawak Minggu Ketiga – Perlu jawab ke? Pastinya Amir

Terkejut jugak kenapa mamat ni masih lagi tak kena sepak keluar dari Maharaja Lawak. Mungkin sebab Astro nak gunakan dia sebagai alat pancing undi di sebelah Pantai Timur sana. Biasalah. Astro. Nak kaya. So inilah sedikit komen aku mengenai persembahan Amir semalam.

Minggu Keempat

Adeh. Sangat sibuk minggu lepas. Tambahan pulak internet connection kat rumah sewa ni macam bangsat.

So, aku terlepas tengok Maharaja Lawak Minggu Keempat ni ha.

Jadi aku dah tengok kat Youtube. Serius Menghampakan. Takde sorang pun lawak dalam minggu keempat ni. Termasuklah Nabil dan Jozan.

Hampa.

Zero? Yela kot. Maybe semua. Hohoho.

p/s: Aku antara peminat rancangan Maharaja Lawak. Hohohoho. Hoben Jang Hoben!