Web
Analytics Made Easy - StatCounter

WordPress 3.2 Dilancarkan, Bersedia Merasai Kehebatannya?

WordPress 3.2 baru sahaja dilancarkan setelah 4 bulan komuniti blogger dan internet menggunakan WordPress versi 3.1. Melihat ciri-ciri yang lebih futuristik, kemas, dan pelbagai ciri-ciri baru yang dipertingkatkan di blog Amanz.my buat aku tak senang duduk nak upgrade ke WordPress 3.2 cepat-cepat. Serius!

Wordpress 32

WordPress 32

Pagi tadi aku telah hantar tiket ke Seal Server Network bertanyakan apakah mereka menyokong PHP 5.2.4, MySQL 5 dan selepas 2 jam feedback dari mereka menyatakan tidak akan ada masalah dengan WordPress 3.2 kerana sistem sentiasa up-to-date. Tujuan tiket tu dihantar bagi nak memastikan bila upgrade ke WordPress 3.2, plugin dan hosting blog ini dalam keadaan baik sebab WordPress 3.2 baru saja dilancarkan jadi takut la kalau ada apa-apa yang tak diingini jadi kat blog. Setelah buat backup dan pastikan semua plugin dalam keadaan up-to-date, sekarang blog ini menggunakan WordPress 3.2. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah masa upgrade. WordPress 3.2 memang best! Kenapa ?

1. “Just Write” – Penulisan tanpa gangguan

Just Write

Just Write

Ini ciri ketara yang aku suka. Tampil lebih minimalist dan ruang penulisan yang lebih kosong, putih dan ringkas. Pengguna boleh klik full screen pada panel penulisan dan yang tinggal hanya ruang untuk mengisi tajuk dan tulis entri. Selepas beberapa saat semua bar kat atas tu hilang dan seolah-olah menulis di atas awan. Hoo bebas betul rasa!

2. Menyokong browser terbaru. Tiada lagi IE 6

Ruangan antara muka WordPress 3.2 ada satu bahagian menyatakan browser yang kita guna untuk akses WordPress versi terbaru atau tidak. Kalau guna browser versi lama macam Mozilla 4 akan keluar notis menyuruh kita upgrade browser yang digunakan. Macam gambar di bawah sekali, aku masih guna Mozilla Firefox 4 yang baru saja keluar tak sampai sebulan rasa dah dia cakap out-of-date. Okey,lepas ni kena pakai Firefox 5, hari-hari dapat notis suruh upgrade,malas betul la.

3. Menyokong PHP 5.2.4 dan MySQL 5.0

WordPress kali ni juga memerlukan hosting kita menggunakan versi PHP dan MySQL seperti yang dinyatakan. Kalau takde versi ni kemungkinan fail wordpress ada yang tak boleh digunakan. Cara nak semak dengan login ke Cpanel atau Direct Admin dan perhatikan tab di tepi yang menyatakan siri PHP dan MySQL hosting. Kalau tak jumpa contact hosting provider. Aku contact Seal Server tadi pun sebab tak arif sangat dengan siri PHP dan MySQL.

4. Tema baru Twenty Eleven

Dah nak masuk suku akhir 2011 kenapa Twenty Eleven eh bukan Twenty Twelve? Apapun sebabnya yang penting tema ni lagi kemas dan smart dari Twenty Ten. Pada control panel Twenty Eleven ada disediakan 2 tema warna hitam dan putih. Juga tambahan untuk menetapkan bentuk wrapper theme seperti 1-column, 1-sidebar left atau 1-sidebar right.

5. Sistem lebih ringan, kemaskini lebih pantas

Apa yang aku tau dari WordPress 3.2 ni ialah jika ada fail-fail yang diubah atau dinaiktaraf, ia tak melibatkan keseluruhan fail wordpress. Hanya melibatkan fail-fail tertentu saja jika ada penambahbaikan. Jadi kalau internet slow pun kemungkinan tiada masalah untuk update wordpress jika ada versi terbaru.

Sedikit info kalau korang tengok video preview tentang WordPress 3.2 ini ada gambar seorang lelaki. Itu adalah George Gershwin ( 1898 – 1937 ) seorang komposer serta pemain piano dan WordPress 3.2 ini didedikasikan kepada beliau.

Keseluruhannya, satu perubahan yang ketara dengan WordPress 3.2 kali ni. Lebih membuatkan kita terasa professional dalam blogging dan nampak kemas. Bagi yang masih tertanya-tanya boleh cuba DEMO wordpress 3.2. Untuk lebih maklumat lanjut tonton video step by step WordPress 3.2. Belum upgrade? Jom upgrade sekarang.

dashboard wordpress 3.21

dashboard wordpress 3.21