Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Terlepas Penerbangan, Tukar Masa Tiket

Jam menunjukkan 1.05 petang. Tapi saya masih di sini. Di dalam bas menuju ke lapangan terbang LCCT. Alamak! flight saya jam 1.20 petang. counter check in dah sah-sah tutup. saya harap ada miracle. Tak kesah. Ade superman yang seluar tut kat luar pun takpe, janji sampai. Haduisk! Pasrah je lah.

LCCT Malaysia

LCCT Malaysia

Jam 1.19 petang, bas tiba di LCCT.. saya meluru keluar dan terus mencapai bagasi saya. Berlari sekuat hati ke servis kaunter. Huhuhu, tercungap-cungap. “KAK, flight ni dah berlepas ke???”.. Sigh, dah terbang dah.. Melepaslah tiket promosi RM99..

Hmm, ape nak buat? kenalah beli tiket baru.. saya ke kaunter beli tiket. “Sis, can I change my flight time if I already missed the flight?”.. Yes, you can, go to counter service R68-R69. Ok, alhamdulillah.

Kat mana lah kaunter ni. Oh, kat hujung tu.. ade kat bahagian kaunter untuk check in tapi kat hujung sekali.. Banyak gak ye orang.. “are you late flight?” terdengar pertanyaan seorang wanita manis di sebelah. Pastinya bukan soalan untuk saya.. huhu, rupanya bukan saya seorang. Barisan pun panjang. haha. Tapi seram. Suasana sangat tegang. Almaklum, semua tengah risau. Macam saya juga. Risau dan menyesal sebab terlambat! haha. Kalaulah saya bergerak lebih awal tadi. Aish, takyah fikir lagi. Yang dah jadi, dah terjadi pun.

“NO! You listen to me!!” Please ……. bla bla bla”

Tersentap hati saya, customer tengah bercakap dengan pekerja kat kaunter, tapi dengan nada yang tinggi sedikit daripada biasa.. Suasana semakin tegang. Kemudian, customer tu pun blah.

Next, the same. Tegang. Tapi, pekerja tersebut tetap senyum. Syabas! That is professionalism. Walaupun sedikit kelat.. saya duk perhati, customer tersebut meletakkan jari telunjuknya ke kertas, ke pekerja dan ke pintu masuk secara bergilir-gilir. Pergh.

Tiba-tiba, “U jangan nak nakal kat sini! bla bla bla.. Pergi kat situ!!!” Seorang akak memarahi anaknya yang masih kecik lagi; sebab sangat aktif. Faham-faham je lah, kalau tengah risau, kadangkala takleh control nak marah. Kemudian, giliran akak tu pula ke kaunter. Sangat lama. nak 20 minit gak..

Orang di hadapan saya yang dari tadi nampak cool je, dah mula menghentak-hentakkan kaki kanannya ke troli beberapa kali. Dan PAKK!!! yang terakhir dengan kuat. Kalau saya jadi troli tu, saya dah patah dah. haha. Tapi, terus je akak tu siap. Kemudian, giliran abang cool di hadapan. Selepas ni saya.

eh, kejap je dia. Ok, giliran saya. Tak susah. Nak tukar masa tiket ni, just bagitau. Harga tiket baru tolak dengan harga tiket yang nak ditukar, kemudian tambah RM100 untuk caj perkhidmatan tukar tiket. siap. Masalahnya, tiket saya esok. Dan saya kena tidur berumahkan LCCT malam ini..