Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Teks Sebenar Untuk Khatib Untuk Khutbah Jumaat

Seperti sedia maklum, khutbah Jumaat di Malaysia sedikit berbeza dengan negara lain. Ya. Mungkin ia memang ada berbeza. Tetapi apakah perbezaan tersebut? Bahasa? Dah tentu berbeza. Pakaian? Lebih kurang rasanya. Pisang? Err… Tak kot. Yang berbeza di sini rasanya adalah TEKS yang diberikan oleh setiap khatib seluruh Malaysia untuk Khutbah Jumaat.

Truth!

Ya. TEKS Khutbah ini sangat membosankan. Tak percaya? Cuba tengok berapa ramai yang tertidur waktu khatib membacakan khutbah. Spot the words there? MEMBACA KHUTBAH. So apa masalahnya?

Khatib

Inilah masalahnya.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Saya bukanlah bijak dan ahli dalam hal ehwal agama. Tapi sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina, disini saya ingin utarakan satu situasi. Saya pernah menjadi seorang pelajar dan saya pasti anda juga begitu. Kita disuruh untuk melakukan tugasan yang pelbagai dalam tempoh pembelajaran. Dan salah satu tugasan itu adalah Pembentangan Projek Berkumpulan ataupun secara individu. Pelajar diwajibkan untuk membuat slide show bagi memudahkan pensyarah memahami intipati pembentangan tersebut.

Di sini lah terletaknya perbezaan pandangan oleh pensyarah tersebut terhadap seseorang pelajar. Slide show tersebut menceritakan segala-galanya mengenai usaha pelajar tersebut terhadap projek yang mereka bentangkan. Pernah anda lihat satu slide penuh dengan perkataan? Di sini pelajar terjerat. Mereka bukan membentangkan projek mereka. Sebaliknya MEMBACA projek mereka. Satu persatu ayat di dalam slide tersebut dibaca tanpa ada sedikit pun menerangkan tentang apa yang mereka lakukan. Slide sudahlah sarat dengan tulisan, penerangan dengan nada sekata tanpa lenggok intonasi yang menarik membuatkan si pensyarah bosan dan mengantuk.

Perasan sekarang? Dah mengerti? Masih belum?

Sedikit penerangan lagi untuk memudahkan pemahaman anda.

Konsep membaca dan slide yang sarat dengan tulisan tersebut membosankan pensyarah. Begitu juga situasinya ketika Khutbah Jumaat. Sebagai pendengar ketika khutbah, apa bezanya si pelajar yang MEMBACA slide mereka dengan Khatib yang MEMBACA teks ucapannya? Fikirkan.

Cuba usha video Khutbah Jumaat ni. Kat tempat kita ada tak macam ni?