Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Tandas Wanita Kotor?

Isu tandas kotor sedikit masa lalu hangat diperkatakan oleh media Malaysia. Memang menjijikan serta terasa loya bila tengok tandas yang kotor. Kalau aku masuk tandas yang kotor memang tak jadi nak “kado hajat”. Kalau nak buang air kecik tu boleh gagah lagi lah itu pun sebab pundi kencing dah terlalu penuh!.

tandas wanita

tandas wanita

Percaya atau tidak tandas wanita lebih kotor dari tandas lelaki? Mungkin kita jarang dengar atau kita menganggap tandas wanita sangat bersih, berbeza dengan tandas lelaki. Sebenarnya salah tanggapaan kita tu.

Semalam, sekumpulan wanita tempat aku kerja menjadi kecoh gara-gara tandas mereka kotor disebabkan ada pengguna(wanita) yang melepaskan najis diatas simen dalam tandas.

Betul ke ni?…

Mana mungkin golongan wanita yang dikatakan pembersih melepaskan “kek” nya diatas simen macam tu jer. Aku 100 % memang tak percaya, tetapi bila banyak yang mengiakan bermakna cerita ni betul.

Bila difikirkan balik, golongan wanita tak akan buat macam tu. Kalau dia lepaskan “kek” tu atas simen sekalipun dia akan basuh betul tak? Jadi golongan wanita bukan pembersih sangat lah kalau macam tu kan.

Tetapi aku percaya bukan semua wanita bersikap pengotor, memang ada segelintir sahaja yang buat begitu. Bila aku siasat, yang mengunakan tandas tersebut adalah peserta kursus dari Jabatan Kerajaan yang menghadiri seminar di situ.

Sebenarnya, isu tandas kotor ni berlaku sejak dulu lagi. Agaknya kat rumah, diorang ni tak jaga tandas jugak ke?Entah la, kalau aku memang malu bila orang datang rumah tengok tandas kotor. Kalau tandas kat rumah pun dah kotor, jangan ditanya tandas kat luar rumah ni. Mungkin sebab bukan rumah sendirilah dorang tak ambil kisah, rumah sendiri tau pulak jaganya.

Setahu aku tandas wanita penuh dengan “roti” bersepah ada juga. Inikan pulak melepaskan “bom dynamite” kat atas simen, kalo ikut situasi maybe tandas bilik dah full agaknya.

Wah! terkejut beruk, sebab yang hadir tu adalah makcik-makcik yang dah anak dan bercucu! Eeeeeee…..Eeeeeeee!

Nota : Sakit perut sangat kut Makcik tu