Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Survey Betul-Betul, Baru Puas Hati

Semenjak dua menjak ini aktiviti blogging tidak dapat diteruskan secara konsisten sebagaimana kebiasaan berikutan perlu menyelaraskan hal dan keperluan semasa. Sebetulnya saya sedang sibuk menyiapkan rumah yang baru dibeli untuk disewakan kepada bakal penyewa seawal bulan Januari tahun depan. Persiapan dari segi gril sudah siap, sekarang ini sedang tumpukan perhatian kepada pemasangan lampu dan pembinaan ‘kitchen cabinet’. Pengalaman mencari lampu dan kipas sejak dua minggu ini saya fikirkan elok dikongsikan di ruangan ini.

lampu

lampu

Sebelum ini ramai rakan-rakan mengatakan kalau hendak beli lampu-lampu dan kipas murah boleh cari di Jalan Pasar di Kuala lumpur, Puchong atau di Nilai 3, Negeri Sembilan. Banyak pilihan dan harga berpatutan dan boleh ditawarkan. Atas pandangan dan nasihat tersebut saya dan isteri mengambil keputusan untuk membuat market price survey untuk lampu-lampu dan kipas yang kami inginkan.

Pusing punya pusing sekitar Puchong, Nilai3 dan Jalan Pasar, sudahnya tempat yang paling murah dan sesuai bagi saya dan isteri adalah sebuah kedai di deretan kedai lama di Taman Saga, Sungai Chua, Kajang. begitu ketara perbezaan harga lampu di kedai tersebut berbanding kedai-kedai yang agak popular di kalangan pengguna, beza harga sampai 15 ringgit memang cukup tinggi.

Pengajaran daripada pengalaman ini adalah tidak semestinya apa yang orang cakap itu tepat, lebih baik buat penyelidikan dan siasat sendiri, baru puas hati.