Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Senarai 16 pasukan layak ke pusingan kedua piala dunia 2010

Pusingan peringkat kumpulan dalam piala dunia 2010 sudahpun berakhir semalam dengan menyaksikan perlawanan diperingkat kumpulan H dan kumpulan G dimana menyaksikan pasukan Portugal dan Brazil terikat 0-0 tanpa jaringan, manakala satu lagi perlawanan di antara pasukan Ivory Coast menewaskan Korea Utara dengan jaringan 3-0. Walaupun menang 3-0 tidak mampu membawa pasukan Ivory Coast untuk layak ke pusingan kedua nanti. Hanya Brazil dan juga Portugal yang layak.

piala dunia 2010

piala dunia 2010

Manakala saingan peringkat kumpulan H menyaksikan Sepanyol menewaskan Chile 2-1 dan juga Pasukan Switzerland seri 0-0 dengan Honduras, dengan berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan G dan H tersebut, perlawanan untuk 16 pasukan yang layak ke pusingan kedua nanti akan bermula pada 26 Jun 2010.

Senarai lengkap 16 pasukan yang layak ke pusingan kedua (2) piala dunia 2010 ialah :

1. Uruguay

2. Korea Selatan

3. German

4. England

5. USA

6. Ghana

7. Mexico

8. Argentina

9. Netherland (Belanda)

10. Slovakia

11. Paraguay

12. Jepun

13. Brazil

14. Sepanyol

15. Portugal

16. Chile

Berikut ialah perlawanan di antara pasukan yang layak ke pusingan kedua dan pastinya beberapa perlawanan menarik dan dijangka sengit akan dapat kita saksikan.

Jadual perlawanan peringkat kedua seperti berikut:

1. 26 Jun 2010

– Uruguay vs Korea Selatan

– USA vs Ghana

2. 27 Jun 2010

– German vs England

– Argentina vs Mexico

3. 28 Jun 2010

– Netherland vs Slovakia

– Brazil vs Chile

4. 29 Jun 2010

– Paraguay vs Jepun

– Sepanyol vs Portugal

Sudah pasti beberapa perlawanan menarik yang bakal menjadi tumpuan diantaranya pasukan German menentang England, Pasukan Argentina menentang Mexico, Sepanyol vs Portugal, dan beberapa perlawanan lain yang pasti menarik untuk disaksikan.

Setelah dua bekas juara piala dunia iaitu Perancis dan juga Itali telah tersingkir pada pusingan peringkat kumpulan itu menandakan pasti akan ada kejutan pada peringkat kalah mata ini. Sama-sama kita saksikan nanti

Ramalan saya ? Ikut hati saya penyokong England, tapi saya menjangkakan Argentina akan menjadi Juara Piala Dunia 2010