Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Semakan PLKN 2014 Melalui SMS dan Online

Semakan PLKN 2014 Melalui SMS dan Online boleh dibuat mulai bulan Julai. Tarikh rasmi Semakan PLKN 2014 Melalui SMS dan Online akan saya kemaskini ya sebab tadi anak buah ada buat semakan PLKN 2014 dia tapi tak ada lagi.

Semakan PLKN 2014 Melalui SMS dan Online

plkn 2014

plkn 2014

Semakan secara online boleh dibuat di laman sesawang https://www.khidmatnegara.gov.my tetapi kena tunggu tarikh rasmi semakan PLKN 2014 ini dululah. Kalau tak, sistem belum diaktifkan rasanya. Tapi, kalau nak bookmark siap-siap bolehlah. Lebih mudah!

Semakan PLKN 2014 Melalui SMS dan Online

Manakala untuk semakan secara SMS pula, calon cuma perlu Taip: PLKN SEMAK Hantar ke 15888. Tunggulah keputusan lepas tu ya tapi sama juga macam saya beritahu tadi. Aplikasi ini hanya akan diaktifkan bila tarikh rasmi semakan PLKN 2014 sudah diumumkan.

InsyaAllah, kalau ada masa saya akan kemaskini balik semula untuk dapatkan tarikh sebenar semakan PLKN 2014 melalui SMS dan Online ini memudahkan calon yang terlibat. Calon yang tersenarai nanti akan mengikuti sesi latihan ala-ala tentera. hehehehe! (nasib aku terlepas)

Saya sampai sekarang tak tahu macam mana cara mereka pilih calon-calon PLKN ni daripada setiap sekolah. Ada orang cakap, kalau kita jenis aktif dengan aktiviti sukan dekat sekolah nama kita tidak akan naik untuk jadi calon PLKN. Betul ke?

Ataupun pemilihan calon PLKN 2014 ini akan dibuat secara rawak sahaja? Adik saya dulu terpilih jadi calon PLKN. Dia kata seronok. Oleh kerana saya tak sukakan aktiviti lasak macam itu, sampai sekarang saya tak tahu maksud seronok dia itu. kahkahkah! Tak minat kot.

Kalau saya tak sempat nak kemaskini tarikh rasmi Semakan PLKN 2014 Melalui SMS dan Online ni, anda boleh juga rujuk di blog ini. Ini memang blog ala-ala berita, InsyaAllah cepat kemaskini. Selamat maju jaya!