Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Selamat Hari Merdeka

Tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah merupakan hari yang penuh bersejarah bagi negara kita kerana ianya di isytiharkan sebagai hari untuk menyambut kemerdekaan negara kita yang tercinta iaitu negara malaysia. Jadi kesempatan ini juga aku sebagai rakyat malaysia yang cintakan tanah airku ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke 53.

Bendera Malaysia

Bendera Malaysia

Tema bagi sambutan kemerdekaan tahun ini ialah 1 Malaysia, Menjana Trasnformasi dan rasanya tak perlu untuk aku hurai tentang tema sambutan kemerdekaan ini.

Aku sebagai rakyat malaysia amat berbangga dengan keamanan yang kita kecapi selama 53 tahun negara kita merdeka walaupun aku baru hidup tidak sampai 30 tahun di bumi bertuah ini namun aku dapat merasakan bertapa aman dan makmurnya negara kita malaysia.

Jika kita lihat di negara-negera lain yang bergolak, kekacauan, peperangan sana sini, siri letupan bom dan pelbagai ancaman lagi walaupun mereka sudah merdeka. Namun di negara kita ini dan setakat ini alhamdulillah kerana kita masih lagi hidup dalam keadaan aman dan makmur.

Adakah anda tidak berbangga dengan apa yang kita nikmati sekarang? setiap orang bebas untuk melakukan aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang, setiap kaum dan agama bebas untuk melakukan aktiviti keagamaan mereka tanpa anda sekatan. Seharusnya kita patut bersyukur kerana Allah telah kurniakan keamanan dan kesejahteraan kepada bumi malaysia.

Dalam menikmati erti kemerdekaan kita seharusnya ingat dan mengenang kembali pejuang tanah air kita dalam mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita. Mereka suatu ketika dahulu sanggup menumpahkan darah demi tanah air kita yang tercinta dan pengorbanan yang mereka lakukan teramatlah besar sekali.

Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang sudahpun merdeka, adakah tidak mampu untuk mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki ini? Kita tidak perlu lagi pergi berperang ataupun menumpahkan darah untuk kemerdekaan kerana negara kita sudahpun merdeka, kita hanya perlu MEMPERTAHANKAN kemerdekaan yang kita miliki sahaja.

Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita walau dimana anda berada dan ingatlah merdeka bukan hanya bebas daripada penjajah tetapi merdeka dalam erti kata kita benar-benar merdeka.

Inilah luahan hati HIDUP SEORANG BLOGGER yang inginkan KEMERDEKAAN tanah air tercinta akan terus berkekalan selama-lamanya.