Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Saya Menang Grand Prize RM20k

Jangan anda tak percaya. Peribahasa menyatakan bahawa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semalam saya dikejutkan dengan satu SMS yang memaklumkan bahawa saya telah berjaya memenangi hadiah grand prize yang berjumlah RM20,000.00. Alangkah bertuahnya saya buat seumur ini. Dengan modal yang sebanyak itu, bolehlah mulakan perancangan untuk mempromosikan blog secara besar-besaran tanpa risaukan kekurangan wang lagi.

Grand Prize RM20K

Grand Prize RM20K

Semalam baru je dapat habuan rezeki berganda berjumlah RM205.00. Kiranya RM20,000.00 ni dah jadi rezeki berganda-ganda la.

Itu apa kebanyakan dari kita semua harapkan bukan?

Secara realitinya, janji yang dinyatakan di dalam SMS di atas adalah sebuah fantasi semata-semata. Tiada jalan singkat untuk mendapatkan wang dengan jumlah yang besar sebegitu. Setiap kejayaan pasti memerlukan usaha dan kerajinan.

Di hari baik bulan baik ni masih ada juga yang masih menjalankan aktiviti penipuan terkutuk macam ni. Silap besar pemilik nombor 0111268894 menghantar SMS penipu macam ni kepada saya.

“Saya seorang bloggee. Saya akan update benda-benda macam ni.”

‘Offer’ ni agak lawak sebenarnya sebab saya isi minyak di Shell pun tak pernah. Dalam situasi ini, pihak Shell sendiri harus menyiasat siapa yang bertanggungjawab terhadap penggunaan nama Shell di dalam penipuan ini.

Sebenarnya tidak mustahil untuk anda mendapat hasil sebegini. Apa yang penting adalah usaha,rajin dan tidak putus berdoa.