Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Satu Cerita Untuk Fikir Sendiri

Sambil memegang segelas air, seorang pakar psikologi berjalan di sekitar dewan semasa sesi beliau memberi taklimat mengenai pengurusan stress. Para hadirin menjangka yang beliau akan bertanya “separuh kosong atau separuh penuh”. Sebaliknya, dengan senyuman di wajahnya, beliau memulakan soalan: “Berapakah berat gelas berisi air ini?”

Lalu, kebanyakan penonton pun menjawab sekitar 100-150 gram.

glass

glass

Kemudian, beliau meneruskan taklimatnya, “Sebenarnya berat itu tidak berapa penting. Ia bergantung kepada berapa lama saya memegangnya. Jika saya memegangnya selama satu minit, ia bukanlah satu masalah. Jika saya memegangnya selama satu jam, lengan saya akan mula sakit. Jika saya memegangnya selama sehari, tangan saya akan mula berasa kebas dan lumpuh. Kita tahu, berat gelas ini memang tidak akan berubah, tetapi semakin lama saya memegangnya, semakin berat pula jadinya.”

Beliau berkata lagi, “Begitulah, tekanan dan stress dalam fikiran kita adalah seperti segelas air. Jika kita memikirkannya untuk beberapa ketika sahaja, tiada apa yang berlaku. Jika kita terus fikirkannya dalam masa yang agak panjang, kita akan mula berasa sakit. Dan jika kita terus memikirkannya untuk sepanjang hari, kita akan mula berasa lumpuh dan tidak berupaya melakukan apa-apa”.

Jadi, ingat untuk meletakkan gelas ke bawah. :’)

Di dunia sebelah sana

Mereka bukannya berada di dunia yang satu lagi. Bukan juga dunia yang kita tak tahu. Tapi dunia yang sama yang kita kenal. Mujur angin yang membawa aroma di sana tidak merebak ke sini. Bukan macam jerebu tebal dari negara jiran macam hari tu. Kalau ya, mungkin kita akan lebih terasa apa yang orang di sana rasakan. Kita tahu, tapi. Pura-pura tak tahu?

Satu lagi, aku terkejut bilamana membaca satu artikel di Yahoo satu ketika dahulu. Menceritakan bagaimana rakyat Mesir mula memberontak dengan pemerintahan presiden Morsi kerana membuat satu perubahan. Padahal belumpun sampai beberapa bulan presiden tersebut naik dengan gahnya. Masa itu mereka sendirilah yang bangga. Gembira sebab seorang muslim berjaya menjadi presiden. Aku sendiri dah siap baca banyak artikel sebab nak tahu mengenai kejayaan Presiden Morsi.

Sekarang, melalui input yang aku dapat daripada media, Presiden Morsi telahpun digulingkan semalam. Dan aku kira keadaan di sana semakin teruk. Apa yang teruk? Kenapa? Aku sendiri tiada jawapan yang pasti. Mungkin kita tahu sedikit, tapi perkara yang betul-betul benar bukan dalam pengetahuan manusia sendiri.

Tapi aku mahu tahu apa yang benar.. Aku mahu yang benar mendapat hak mereka. Aku mahu hati yang lembut untuk melihat apa yang benar. Dan aku mahu hati-hati yang melihat kebenaran itu menjadi kuat kerana kebenaran yang mereka pertahankan.

“Ya Allah, singkapkanlah dan perlihatkanlah kepada dunia apa yang benar. Berikanlah yang terbaik untuk yang baik serta berikanlah kekuatan pada hati-hati mereka yang berjuang ke arah kebenaran. amin.”

Mungkin aku salah, tapi daripada dahulu aku yakin dengan Presiden Morsi. Aku nangis bilamana tahu yang presiden ni digulingkan. Tapi jangan taksub. cuma sentiasalah lembutkan hati untuk melihat mana yang benar.