Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Porno di Arab Saudi

Anda sukakan porno? Mari baca artikel ini. Anda pasti gembira.

Hehehehehe.

Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Asheikh memberi amaran kepada lelaki dan wanita muda supaya tidak menonton gambar atau filem pornografi. Ini kerana menonton filem pornografi jelas menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Lihat saja apa yang terjadi di Malaysia sendiri dengan masalah buang bayi yang semakin meruncing. Kejadian buang bayi oleh remaja bawah umur didorong oleh kecenderungan mereka mempraktikkan apa yang ditonton dalam filem pornografi. Jelas amaran oleh Mufti Besar Arab Saudi ini sememangnya perlu disebarkan keseluruh Negara Islam.

no porn

no porn

Beliau turut berkata, menjual atau mengedar gambar atau filem porno dengan apa cara sekalipun adalah satu perbuatan mencabul.“Ia bertujuan menyesatkan golongan muda dan menghancurkan masyarakat,” katanya. Dan jelas sekali ramai di antara manusia itu sendiri sesat angkara pornografi ini, dunia Islam tidak terkecuali dengan permasalahan ini.

Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Asheikh

Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Asheikh

Menurut Abdul Aziz, teknologi moden perlu digunakan untuk kebaikan manusia sejagat, termasuk pelajaran.

Beliau mengulas pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) yang berkata, ia menyekat 240,000 laman Internet sejak enam bulan lalu. 95 peratus daripada jumlah itu mengandungi pornografi.

Terdapat 11 juta penduduk Arab Saudi menggunakan Internet ketika ini. Pertumbuhan yang pesat sejak tahun 2001 dimana hanya 5% pengguna internet pada tahun itu daripada jumlah penduduk Arab Saudi. Pada tahun 2010 jumlah pengguna internet di Arab Saudi meningkat kepada 40%.

Menyedari jumlah pengguna internet di Arab Saudi meningkat dengan pesat, Mufti Besar Arab Saudi itu menyeru dan menasihati kesemua Muslim di sana dan di seluruh dunia untuk tidak menonton filem pornografi.

Untuk peringatan diriku yang lalai dan rakan-rakan yang lain.