Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Perasaan Teruja Pada Diri Sendiri

Ada sedikit perasaan teruja dalam diri sementara mendengar keputusan STPM dan SPM adik-adik dan rakan-rakan saya yang lain.. Huhu, saya tak kesah apa pun result diorang. Yang penting, saya teruja sebab saya sangat faham dan masih ingat bagaimana perasaan semasa nak ambik result tu.. Satu pengalaman yang takkan ada ganti. Sekarang, giliran diorang pula untuk mengalaminya..

Ada rakan yang dapat result baik, ada juga yang sebaliknya. Saya masih ingat semasa hari saya mengambil keputusan dulu.. Tepat-tepat di hadapan pintu masuk dewan untuk ambik result, guru kelas saya datang dan peluk saya sambil membisikkan keputusan saya. Memang happy sangat, apatah lagi bila menyedari yang saya jadi top student.. haha, sampai sekarang pun saya masih boleh senyum sendiri kalau teringat kejayaan manis tu. Betullah apa yang orang kata, the pain is sementara but the pride is forever. hehe. Tapi, janganlah sampai yang berjaya jadi sombong, yang tak berjaya jadi putus asa. Saya nak ulang kejayaan tu, tapi kali ini, profession yang saya ambik sangat demand dengan usaha yang tinggi. huhu, sila ikhlaskan hati.

by heart

Sayaa harap, yang cemerlang akan teruskan kecemerlangan mereka dan yang kurang bernasib baik akan cuba untuk capai kecemerlangan pada masa akan datang.. Sebab tak pernah ada perkara yang menyatakan KECEMERLANGAN itu cuma untuk orang yang tertentu, ia adalah hak semua orang yang berusaha dan yakin akan usahanya.

Tapi, jangan kita lupa dengan kata-kata orang yang berpengalaman luas, “hidup ini umpama roda, kadangkala kita berada di atas, kadangkala kita berada di bawah”.. Kalaulah suatu hari nanti, kita berada di bawah.. Teruskan ke hadapan, sebab bahagian bawah roda takkan naik ke atas tanpa meneruskan perjalanan.. kan..

insyaAllah, di setiap kesulitan itu ada kemudahan. Belajarlah dengan ikhlas dan tuntutlah ilmu demi mencari petunjuk ilahi. 🙂

wallahualam

(eh, keterujaan ini bukan sedikit. ia sangat tinggi. huhu)

Walau bagaimanapun, life must go on. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita dibawah. Tidak kira dalam apa situasi, tetap kita perlu berusaha kuat untuk mencapai kejayaan.