Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Penipuan Shell Kad – SMS

Salam!

Selamat berhujung minggu buat rakan dan juga pembaca blog ini!.

Satu lagi sms dari nombor yang tak dikenali menerjah masuk dalam phone beberapa hari yang lalu. Bila melihat mesej tersebut, terdetik hati saya,masih ada lagi sindike macam ni wujud. Ingatkan dah lama mati atau mereka cuba buat penipuan cara lain pulak.

penipuan sms

penipuan sms

Aku percaya rakyat malaysia ramai yang dah alert dengan penipuan macam ni. Kalau ada yang masih percaya juga, entahlah, nasiblah kalau terkena.Dalam surat khabar pun dah diberi tahu jangan layan sms yang macam nih melainkan mereka ( penganjur) menalipon kita sendiri. Macam radio hot fm buat tu 🙂

Seperti biasa, aku memang suka menyakat kalau dapat sms macam ni, jadi aku cuba talipon nombor yang diberi dan ini perbualan aku dengan lelaki itu – skema ayat ko bro! 🙂

Aku : Hello,saya dapat sms dan saya menang hadiah grand prize dari Shell.

Lelaki itu : Owh, tahniah encik menang ya!(slang seberang..ciss!!!).

Aku : Apa hadiah yang saya dapat? (pura-pura excited)

Lelaki itu : Sebelum en kelim<– hahaha(kelim) hadiah ituu…apa nomor <—- hahaha(nomor) siri yang dikasi.

Aku : Beri nomor yang tertera di sms

Lelaki itu : Oh yaa..abg <—- abg lah pulak!!!!. Nombor siri abg betul dan hadiah abg 20 ribu ringgittt…

Aku : Wow (sambil pura-pura terkejut beruk) Macam mana saya nak hadiah kelimm iteww!!!!

Lelaki itu : Abg ada akaun bank?

Aku : Ada… Maybank

Lelaki itu : Abg pake kad atau buku?

Aku : Saya engakk ada kad,ada buku aja ( slang seberang hehehe)

Lelaki itu : Kalau enggak ada buku, enggak bisa kelim hadiah <— indentiti terbongkar hahaha,dia terguna slang seberang lah pulak!

Aku : Habis gi mana sichh!!!

Lelaki itu : Owh… enggak bisa bang..abg harus ada kad bank!!!

Aku : Kamu orang mana?

Lelaki itu : tetttt…tetttt….tett….letak phone

Aku : Hampeh…..baru nak layan bohong mamat nih!!!

So aku tersenyum sendiri, aku dah agak dah sms ni satu penipuan. Kalau betul dari shell dia akan minta no ic untuk pengesahan dan mereka mengunakan bahasa malaysia sepenuhnya. Kalau slang seberang,nampak sangat tipunya..hadehhhh!!!!!!!!!!!

Pada rakan yang dapat sms macam ni, aku harap korang tak teruja, dah sah-sah tipu!!!

Ciss brengsettt lohh!!!!!!

* Kongsikan kalau info ini manfaat