Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Kontroversi Ucapan Merry Christmas

Kontroversi Ucapan Merry Christmas sudah mula heboh rasanya. Ucapan Merry Christmas dari Muslim ke Kristian ni berdosa ke tidak sebenarnya? Ucapan Merry Christmas kalau kita ucapkan sekadar suka-suka pun kira dosa ke?

Cuba korang tengok gambar di bawah ini. Saya ambil daripada Facebook Dr Zakir Naik selepas kecoh sekejap dekat timeline Facebook saya pagi tadi pasal hal ucapan Merry Christmas ni. Apa pendapat korang ya? Tapi, janganlah timbulkan isu lebih-lebih sangat. Behave please. hahahaha!!! Saya cuma perlukan penjelasan.

Dr Zakir Naik Merry Christmas

Dr Zakir Naik Merry Christmas

Iyelah, risau juga kalau baca kata-kata Dr Zakir Naik ni pasal ucapan Merry Christmas ni. Sah-sah lah saya pun selalu je wish pada kawan-kawan Kristian saya kan? Mungkin saya jahil bab ni, jadi kalau ada yang lebih faham konsep ini boleh lah berkongsi dengan saya dan mungkin boleh diambil ikhtibar dengan yang lain di sini.

Soal agama ni kita tak boleh ambil remeh. Kalau tak tahu, kita kena jelaskan. Kalau kurang jelas, kita kena bertanya. Kalau betul beri ucapan Merry Christmas tidak oleh kami yang Muslim, mungkin perlu diambil berat dan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Relevankah kenyataan Zakir itu untuk negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini?.. nak ucap boleh, taknak ucap pun tak apa. Bukan ke setiap agama itu mengajar kita agar berbaik sesama manusia. Kristian sendiri mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin, orang cina mngucapkan deepavali untuk orang india..orang india wish selamat mnyambut aidiladha untuk orang muslim..adakah mereka bersalah kepada agama mereka hanya disebabkan nilai kemanusiaan mereka untuk beramah mesra dan bersilaturahim?

Setahu aku ler untuk memberi ucapan rasanya tidak salah kerana aku pernah bertanyakan ustaz semasa aku sekolah dahulu. Beliau berkata itu hanyalah sekadar ucapan kerana kita menghormati kepercayaan dan adat mereka. Begitu juga mereka. Niat sajalah dlm hati bahawa kita hanay meberi ucapan. Yang lain-lain kita serahkan saja pd-Nya.

Ia adalah bergantung kepada nawaitu kita mengucapkannya. Ucapan selamat sekadar berbasa basi. Akidah dan iman terletak pada diri sendiri.

Betul rasanya kena tengok juga negara yang kita duduki sekarang kan? kita dekat Malaysia berbilang bangsa. Bagi saya, macam tak ada salahnya sebab Islam bukan lah kejam. Yang penting niat kita tu. adakah ucap untuk merapatkan hubungan atau sebaliknya.

1. Sebelum terus mengatakan bahawa kenyataan Dr. Zakir Naik itu tidak relevan dengan kepelbagaian anutan dan bangsa di Malaysia, kita perlu sedar bahawa Dr. Zakir Naik ialah seorang pendakwah -hampir, jika tidak- bertaraf antarabangsa, dengan kepakaran dalam bidang perbandingan agama. Sebelum berdakwah, beliau ialah seorang doktor perubatan.

2. Oleh itu, tentulah Dr. Zakir Naik sedar akan hal kepelbagaian anutan dan bangsa ini, namun, hukum Islam, tetap hukum Islam.

3. Kalau kita menyanggah kenyataan Dr. Zakir Naik kerana berpendapat beliau tidak memahami situasi Malaysia, cuba cari kenyataan semasa oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dan Ust Azhar Idrus, serta tokoh-tokoh agamawan Malaysia lain, majoriti pakar mengatakan sedemikian, haram.

4. Seperkara lagi, perlu diingatkan, niat tidak menghalalkan cara. Apa yang penting, niat yang betul, dan buat dengan cara yang betul, barulah menjadi. Kalau niat untuk solat tapi depan komputer, jadikah?

5. Kalau kita sanggup makan ubat yang mungkin ada kesan sampingan kerana mengikut kata doktor yang pakar dalam halnya, kenapa perlu kita menyanggah kata pakar agama?