Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Konflik Dalam Menghasilkan Blog Personal Peribadi

Adakah membuat blog personal itu merupakan sesuatu perbuatan yang bodoh dan tidak berbaloi langsung untuk memulakan. Betulkah ?

tulis blog

tulis blog

Kebelakangan ini, persoalan ini selalu timbul dalam otak fikiran saya. Ini tiada kena mengena pun dengan blogger lain. Cuma saya yang selalu terfikir sedemikian. Jadi, sekarang ni saya nak kongsi dengan blogger lain sama ada kita perlu mengekalkan untuk membuat blog peribadi sendiri atau biarkan saja. Sebab, sedar tak sedar. Kita ni sudah pun termasuk dalam komuniti blogger personal dalam Malaysia. Yang sepatutnya, semua blogger sudah boleh tukar-menukar pendapat masing-masing, memberi sokongan yang kepada blogger lain dan juga boleh minta pertolongan dari blogger lain apabila mempunyai masalah yang tidak dapat selesai. Ya tak?

Basically, kenapa fikiran mengenai persoalan ni boleh wujud dalam otak saya?

1. Gambar yang saya muat naik ke dalam blog mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan untuk diri saya sendiri suatu masa nanti.
2. Risau akan terdapat percanggahan personaliti di dalam dan luar blog.
3. Buang masa saja tanpa menghasilkan apa-apa pun.
4. Nampak macam nak show off. But actually, saya minat sangat dengan update blog saya ni dari masa ke masa. Takkan nak simpan minat ni untuk presentation power point je kan.

Then, kenapa saya terus berblog walaupun terdapat konflik besar dalam fikiran sendiri ini? Haha, besar betul konflik ni. Jadi saya cuba untuk luahkan apa tolakan yang diberi kepada saya untuk terus tulis blog ini.

1. Orang lain relax je. Yang saya nak kecoh nape?
2. Masih ada ramai pembaca yang ingin membaca blog. Nape nak berhenti? — Thanks korang.
3. Minat untuk tulis blog.
4. Nak simpan maklumat dan share maklumat.
5. Best juga main SEO kadang-kadang. haha.
6. Perbaiki cara menyusun ayat.
7. Tempat nak show off. bhahahaha
8. Sharing art.
9. Tempat meluah yang tiada orang yang akan halang.

Nampak macam banyak okay ni. 4 lawan 9.. 9 points menang.

Hoho, so. Kepada sesiapa yang tak yakin untuk terus berblog tu. Yakin-yakinkan lah diri sendiri dengan tindakan yang sendiri tunjukkan.

-love as a destiny =)