Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Kerang Goreng Di Senggarang

Dalam kesibukan aku pada bulan-bulan terakhir aku di bumi Parit Raja ni, aku masih sempat untuk bersuka-ria memenuhkan perut aku. Haha. Dah lama betul aku tak kenyang dan sumbat betul-betul makanan dalam perut aku ni. Biasanya aku akan bagi space sikit untuk bernafas.

Tapi segalanya berubah semalam apabila aku didatangi oleh 2 orang rakan karib aku dari Port Dickson. Hassan Ahmad dan Ahmad Jais. Budak 2 orang ni memang pelik. Si Ahmad Jais ni memang mempunyai hormon testosteron yang berlebihan menyebabkan dia hyper active berbanding orang lain di kampung halaman aku, Port Dickson. Hassan Ahmad ni pulak, ibarat lilin. Dia sanggup membakar diri untuk kesenangan orang lain. Yelah, kalau tak, masakan dia boleh layan si Ahmad Jais yang terlebih riang tu kan?

Ahmad Jais masih lagi dara bujang. Manakala Hassan Ahmad pula lebih selesa menduda selepas pelamin angannya musnah dilanggar oleh kereta Mitsubishi Lancer di Senggarang baru-baru ini. Dengan status lelaki tiada komitmen, mereka berdua memang suka berjalan tanpa mengira masa dan tempat. Bayangkanlah, si Ahmad Jais ni nak balik Kuantan, gara-gara tiket habis untuk ke sana di Seremban, dia sanggup turun ke Johor mengikuti si Hassan Ahmad pulang ke rumah sewanya di Parit Jawa, Muar. Daripada nak ke timur, dia sesat jauh ke Selatan. Pelik kan? Tapi itulah realiti perangai Ahmad Jais.

Sebagai penghargaan mereka sanggup datang melawat aku di Parit Raja, aku bawak budak berdua ni pergi ke Sungai Lurus di Senggarang untuk makan kerang goreng ataupun kerang sambal dia yang menjadi pujaan dan kegilaan pelajar-pelajar UTHM, baik lelaki mahupun perempuan.

kerang goreng

kerang goreng

Kerang sambal ni boleh didapati dimana-mana pasar malam dalam daerah Parit Raja. Tapi aku tak jumpa kerang sambal yang boleh lawan kerang sambal Senggarang ni. Terbaik wok! Kalau korang datang ke Batu Pahat, cari lah masa untuk pergi ke Sungai Lurus Senggarang ni untuk melantak Kerang Sambal @ Kerang Goreng ni.

Kepada Hassan Ahmad dan Ahmad Jais, terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang melawat aku. Sampai jugak korang ke sini. Dan sempat jugak korang merayau-rayau kat dalam kawasan Kampus UTHM aku yang tercinta ni.

Hip hip Hoorey! Hahahaha