Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Kenapa Pagerank Saya Turun?

Malang betul, ketika orang lain sibuk bercerita mengenai peningkatan PR blog masing-masing, blog saya pula jatuh menjunam kepada PR1. Pelik bukan, apa sebenarnya penyebab pagerank blog menurun?

google pagerank

google pagerank

Kenapa pagerank saya semakin menurun?

Lalu saya mencuri sedikit waktu untuk bertanya kepada google panda, apa kriteria dan bagaimana mereka menentukan search algoritma kali ini. Beberapa saat kemudian jawapannya pun keluar. Yang menariknya tiada satu pun algorithma yang ‘dia’ mahu telah saya praktikkan.

Blog saya tidak menjual link kepada sesiapa, tidak mempunyai iklan dan banner keterlaluan yang menyakitkan mata, jauh sekali tidak mesra SEO dan mengambil bulat-bulat artikel orang lain.

Tambah pelik bila blog copy-paste sebenar seperti www.mummynemo.com, gambargambarpelik.blogspot.com, www.ibnuhasyim.com dan beberapa lagi blog terkenal yang memang sinonim dengan identiti penyalinnya masih kekal dengan PR yang asal.

Apa cer pakcik Ross LaJeunesse… ada penjelasan sesuai mengenainya? Ke Panda sudah tertidur.

Tidak puashati punya pasal, maka saya cari laman web pakar SEO. Hasilnya saya temui sebuah blog yang mempunyai jawapan untuk persoalan saya. Ini jawapan yang telah mereka rumus untuk teratak buruk saya itu,

sebenarnya backlink dan linkback memainkan peranan yang amat penting. Kesalahan utama yang telah saudari lakukan ialah meninggalkan sejumlah backlink dan linkback pada blog yang telah down/broken dan berPR rendah.

Ini yang dinamakan bad neighborhood. Sebenarnya tak kisah jika backlink yang kita buat tu berada di blog yang berPR rendah atau langsung tiada PR. Asalkan blog tersebut tidak buruk di mata Google. Tapi apa yang penting ialah, jenis backlink yg kita terima. Jika hanya satu jenis backlink sahaja (dari blog komen) ianya kurang membantu. Kepelbagaian IP Diversity backlink juga sangat penting.

Antara jenis2 backlink:

– Blog komen
– Social bookmarking
– Forum Signature/Forum Profile
– Directory Site
– RSS Directory
– Article marketing
– Press release
– Web 2.0
– dan byk lagi.

Jika blog/URL kita dapat backlink dari jenis2 backlink tersebut, mmg tak mustahil dapat kekalkan PR atau meningkatkan PR.

Itu sahaja.

Adoi, punyalah bagus jawapan dia bagikan. Pendek dan ringkas gitu, siap suruh saya masuk ke laman web http://www.backlinkwatch.com. Takpe, yang penting saya tahu apa penyebabnya.

Oh ye satu lagi, google sekarang ini kononnya sedang bersiap-sedia dengan satu sistem khusus untuk membuatkan PR blog copy-paste turun, seturun-turunnya. Mereka juga dikatakan telah menyediakan satu laman khusus untuk pengguna membuat laporan mengenai isu copy-paste tidak kiralah si penyalin berblog menggunakan medium wordpress ataupun blogspot. Sekiranya didapati laporan itu benar, PR blog penyalin itu akan terus dicantas tanpa banyak bicara…

Jadi berhati-hati, jangan sampai terkena.

P/s: Saya sekarang pun dah tak kisah sangat dengan PR ni. Sebagai seorang blogger takkan kita tak nak tinggalkan komen semata mata kerana blogger tu ranking rendah. Saya sekarang pun masih kekal berusaha untuk menerbitkan artikel sendiri dengan menggunakan photo dan imej yang diambil sendiri. Kalau terpaksa guna imej atau photo fakta yang terpaksa dipinjam dari tempat lain, saya akan pastikan saya selalunya letak credit note tuan punya.