Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Keluhuran Perlembagaan atau Keluhuran Demonstrasi?

Maka kami, Rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Occupy dataran. Pada tanggal tarikh 14 April 2012 yang lalu, telah sampai kepada pengetahuan media massa, rakyat biasa, rakyat marhaen, rakyat kaya, pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang dan juga penghutang dari PTPTN. Bahawa masanya telah tiba, untuk remaja dan pelajar-pelajar Universiti di Malaysia mendapatkan pendidikan percuma dari sejak lahir, sehinggalah kita mati. Segalanya kita perlukan percuma. Ya. PERCUMA.

bersih 3.0

bersih 3.0

Setelah hampir 55 tahun merdeka. Kita masih lagi tidak meninggalkan sifat bertindak semberono sejak dari zaman penjajahan dahulu kala. Ya. Bertindak menggunakan nafsu dan kehendak hati semata-mata tanpa menggunakan kewarasan akal yang tuhan kurniakan untuk menilai segala natijah perbuatan tersebut.

Setelah menonton video daripada saluran youtube Malaysiakini antara pegawai DBKL dan peserta Occupy Dataran, aku boleh simpulkan 3 perkara.

Bagi peserta Occupy Dataran, mereka adalah perlembagaan. Polis, DBKL, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mahupun Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah di bawah tapak kaki mereka. Mereka berkuasa lebih daripada segala badan induk yang RAKYAT tubuhkan untuk menjaga keamanan.

Kuasa Rakyat bermakna kuasa untuk berdemonstrasi. Pendemonstrasi tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak. Pendemonstrasi adalah lambang kekuatan rakyat. Pendemonstrasi adalah kebal dari sebarang tindakan undang-undang. Ini kerana rakyat memilih pemimpin mereka. Rakyat membayar cukai. Maka rakyat berhak untuk mendapatkan segala-segalanya percuma.

Jika hendak berhimpun, teruslah berhimpun. Tak perlu permit dan kebenaran untuk melakukan perhimpunan. Bila pihak berkuasa datang, maka marahlah mereka kerana melakukan tugasan mereka. Dengan cara ini, pihak berkuasa akan dilihat sebagai mencalarkan demokrasi rakyat di Malaysia ini.

Jadi, dimanakah rasionalnya perhimpuan ini?

Negara demokrasi milik rakyat. Jika rakyat kuat membantah dan berdemonstrasi. Maka tak kemana jua negara Malaysia ini. Kenapa tidak menggunakan kuasa rakyat untuk membangunkan negara? Kenapa mesti berdemonstrasi?

Ada satu persoalan, abang yang pakai baju biru dan berbadan gempal di dalam video ini pelajar ke? Pelajar Sarjana mungkin.

Ada benarnya. Perlembagaan itu lebih tinggi tempatnya berbanding undang-undang. Tetapi bukankah dalam Rukun Negara keempat, kita berikrar akan mendaulatkan undang-undang? Juga kita berikrar untuk menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Kelima?

Sebelum meminta bermacam-macam lagi daripada kerajaan sekarang ataupun kerajaan baru pada masa depan, cubalah lontarkan persoalan ini kepada diri sendiri.

“Apakah sumbangan aku kepada negara? Pernahkah aku memberikan sumbangan kepada negara?”

Bak kata Malique “Gunakan hak berfikir sebelum guna hak bersuara”.