Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Itu Cikgu ke Penyambut Tetamu?

Pagi tadi sengaja saya menghantar anak sulung saya pergi ke sekolah. Niat di hati kononnya ingin bermesra-mesraan dengannya dan sambil-sambil tu boleh saya memancing ikan di pasar.

Well biasalah tu kan, as a middle-class parent, saya perlu bijak membahagikan masa yang saya ada tu. Apa lagi bila ianya menyentuh bab-bab mencari ikan di Labuan. And please dude, don’t ask me why you must work harder to take best fishies daripada pasar ikan di sini. Seriously mencari ikan-ikan terbaik di tempat ini memerlukan korang melupakan niat membuta korang sebab anda perlu bangun dengan awal-awal pagi buta untuk memulakan sistem proses tawar menawar. Alah… macam dalam wayang P. Ramlee tu.

cikgu

cikgu

Tiada kompromi!

Bagi mereka yang duduk di Labuan sudah tentu tahu masalah ini.

Tetapi apa yang sebenarnya bukan masalah harga ikan segar yang mahal ingin saya ceritakan di sini. Ini memang bukan masalah. Apa yang sebenarnya saya ingin berkongsi cerita dan rasa apa yang saya nampak di sekolah anak saya dengan korang semua.

Saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau menangis, tetapi untuk sesuatu alasan hari ini saya rasa benar-benar terharu dengan apa yang dilakukan oleh cikgu-cikgu di sekolah anak saya.

Kamu tahu apa yang berlaku ke? Ada ke patut seorang cikgu boleh dengan rendah dirinya menjadi penyambut tetamu di hadapan pintu pagar sekolah! Itu pun atas dasar menyambut pelajar sekolahnya. Dan macam tajuk pada entri saya, ekspresi pertama saat terpandang situasi tersebut ialah “itu cikgu ke penyambut tetamu Ikhwan?”

Serious.

Iya saya setuju kalau ada di antara kalian nanti mengatakan saya culas kerana tidak menyedari ianya mungkin inovasi terbaru daripada Kementerian Pendidikan, saya tahu. Tapi saya ingin bertanya kembali kepada golongan ‘subversif’ ini, berapa ramai yang tahu untuk menghargai apa yang cikgu-cikgu ini lakukan kepada masyarakat sedang mereka sebenarnya telah tahu apa yang saya tidak tahu itu tadi.

Tidak ramai bukan. Malah ada yang siap mengutuk di dalam blog dan mempertikaikan kerja mereka dengan wang ringgit. Shame on you. Saya rasa orang macam ini lebih elok dibuang ke dalam laut.

Oh ya, dah terlanjur berbicara mengenai guru, izinkan saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan-insan yang bernama cikgu, especially mereka yang pernah duk mengajar saya dan keluarga saya pada entri kali ini. Saya tahu, tanpa mereka saya tidak akan menjadi seorang surirumahtangga dan penulis blog yang terkenal seperti hari ini… herm barangkali.