Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Harian Metro akhbar nombor SATU di Malaysia

Siapalah tak suka baca surat khabar, selain kanak-kanak. Kanak-kanak cuma suka baca komik saja. Buku yang lain semua tak minat. Ho Ho Ho. Budak sekolah, pelajar IPT, graduan penganggur, pekerja kerajaan, pekerja swasta dan sewaktu dengannya semuanya membaca surat khabar. Bahan bacaan harian ini memberi gambaran kepada mentaliti sesebuah negara dan masyarakat.

Semua orang dewasa patuh suka membaca surat khabar supaya dapat tahu apa yang berlaku di seluruh dunia dan di tempat duduk mereka setiap hari.

hmetro

hmetro

Ho Ho Ho.

Pengisian dalam setiap berita itu mempengaruhi pemikiran si pembacanya. Contohnya jika setiap hari berita mengenai masalah ekonomi, politik dan pembangunan rakyat disiarkan setiap hari, rakyat akan cenderung untuk berfikir mengenai isu-isu tersebut. Tapi, kalau hampir setiap hari kita disogok dengan berita-berita mengenai seks dan lucah. Agak-agak macamana pemikiran rakyat kita? Rasanya tak membantu apa-apa dalam pembangunan negara. Sebaliknya remaja lebih cenderung untuk mencari maklumat mengenai berita seks dan lucah berkenaan. Betul tak?

Tidak memeranjatkan, Harian Metro dijulang sebagai akhbar nombor satu di Malaysia dengan pasaran penjualan yang paling besar seketikar ini. Berlainan idea dengan surat khabar lain, The Star dan Berita Harian. Harian Metro lebih suka menyajikan berita-berita “panas” dalam setiap keluarannya. Isu zina, tangkap khalwat, isteri curang, suami curang dan keaiban orang lain menjadi nadi pemangkin setiap keluaran Harian Metro. Mungkin berita-berita panas ini telah berjaya melariskan jualan akhbar mereka setiap hari. Ho ho ho. Strategi pemasaran Harian Metro telah berjaya!

hmetro2

hmetro2

Jom kita tengok antara berita-berita panas dan sensasi yang pernah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Siapalah yang tak berminat nak beli Harian Metro kalau berita-berita macamni jadi front page article kan? Ho Ho Ho.

Memang layak Harian Metro diangkat sebagai akhbar nombor satu di Malaysia. Err.. Anda setuju ke?

Tahniah Harian Metro dan semoga surat khabar itu akan tetap berada di peringkat top ini untuk banyak tahun dengan selalu meningkatkan isi-isi dan memberi lebih banyak ilmu pengetahuan kepada para pembaca.