Web
Analytics Made Easy - StatCounter

EPIC Touching – Berjalan Sejauh 1000km Untuk Mencari Ibu

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Bolivia mahu mencari ibunya telah tersesat hingga ke Chile. Jauh gila beb! Jarak perjalanan budak itu hampir sejauh 1000km (621 batu) dengan menaiki trak.

Franklin Villca Huanaco cuba mencari ibunya di Cochabamba, Bolivia dimana ibunya menjalani hukuman penjara atas kesalahan membawa barangan kimia yang digunakan untuk membuat dadah jenis kokain.

Budak lelaki genius ini menjadi musafir selama 2 hari dengan menyorok di dalam bekas besi dalam trak yang dia sangka akan menuju ke destinasi yang dia ingini.

Pemandu trak berkenaan yang sebenarnya mahu menuju ke Iquique, Chile tak sedar sama sekali dengan kehadiran Franklin. Ini kerana Si Franklin bijak menyorokkan dirinya dalam bekas yang berada pada bahagian tepi trak tersebut.

Tanah tinggi BoliviaTanah tinggi Bolivia yang berjaya Franklin redahi atas rasa kasih sayang terhadap ibunya.

Franklin sememangya bernasib baik kerana berjaya untuk hidup tanpa makanan dan minuman dan juga suhu rendah pada waktu malam di kawasan tanah tinggi Bolivia yang sangat sejuk selama 2 hari perjalanan itu.

peta boliviapeta mencari ibu Franklin

Setelah sampai ke Chile, Franklin dijumpai merayau-rayau di jalan berdekatan Iquique dan telah dijaga oleh keluarga tempatan di sana.

Ibu Franklin yang bernama Zenobia Huanaco telah dibebaskan baru-baru ini dan sedang bekerja di kawasan kampung di luar Cochabamba.

Mereka berdua telah ditemukan dengan kecanggihan teknologi stesen televisyen Bolivia, ATB. Berikut adalah perbualan mereka ketika mereka ke udara.

Ini sangat touching!

“Franklin my child, I’m here crying for you. Where have you gone, little one? I love you. You know that I was in prison and then in the fields and you told me ‘I am content with my papa’,” she told her son.

“Hurry, come pick me up mummy,” Franklin said.

Franklin yang genius ini telah memberitahu kepada polis dan pihak televisyen Chile yang dia sebenarnya dilayan dengan teruk oleh abangnya yang berusia 14 tahun di Oruro, Bolivia.

Ini memang superb! Sob..Sob..Sob..

Sumber Asal BBC. Thanks Ehsan for the tips