Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Cara Menulis Blog Dengan Baik

2-3 minggu ini kalau korang perasaan artikel saya memang bertambah mengarut. Berterabur sana-sini, sehinggakan pemenang suku akhir Piala Malaysia pun turut sama ‘saya’ ulas.

Okey saya akui itu sememangnya kesilapan dan bukan cara menulis blog saya. Tapi satu yang korang tidak tahu sebenarnya kesemua tulisan tersebut bukanlah hasil tangan saya sendiri.

Tak percaya? Sila percaya kerana yang membuatnya adalah cik abang saya yang rajin menternak lemak (tak boleh blah… ayat klise ini sengaja saya highlight untuk mempamerkan perasaan meluat saya terhadap perkataan ini). Dan kalau nak tahu jugak, sepanjang tiga minggu ini, jumlah pelawat organik blog saya memang tidak pernah setinggi ini bahkan tidak pernah tercapai oleh akal saya sepanjang 3 tahun menulis blog.

tulis blog

tulis blog

Beribu-ribu lemon gitu!

Okey serius ini membuatkan perasaan riak saya menebal buat seketika. Jadi saya tanyalah cik abang saya, apa rahsianya meningkatkan jumlah pengunjung traffik organik dalam masa yang sesingkat ini. Yelah manalah tahu kot… kot boleh saya masukkan dalam artikel saya suatu masa nanti (dah masuk pun), atau mungkin juga boleh dijadikan modal untuk membuat e-book dan dijual kepada penulis blog baharu yang baru bertatih dalam penulisan blog. Silap-silap boleh menyamar “Top Malaysian Blogger”. Semangat punya pasal okey.

Dia kata, “mudah” (ala-ala penulis otai) kita cari bahan-bahan penulisan yang dijangka menjadi topik perbualan hangat dan melibatkan umum. Pendek kata belajar memanipulasikan keadaan. Ingat! Ini tips yang pertama daripada saya.

Bagaimana caranya? Mudah, baca dan tengok berita hari ini. selepas itu cari dan ulas mengikut kupasan atau perspektif sendiri. Akhir sekali bubuh tajuk “kaw-kaw” secukup rasa kepada artikel korang (akan saya huraikan dalam artikel saya yang akan datang).

Contoh yang paling sesuai di sini ialah tajuk mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Memang meleleh… Cuba fikirkan, berapa juta kakitangan awam di Malaysia? Lepas itu lihat kembali adakah penjelasan mengenainya telah diberikan oleh pihak yang berkenaan? Masih kabur? Bagus! Sekiranya korang tahu memanipulasikan keadaan seperti yang telah saya sebut di atas, korang juga boleh duduk semeja dengan pakar-pakar SEO.

Tak percaya? Terpulang.

Tips yang kedua ialah belajar menulis pendek-pendek. Betul, ini kenyataan pembaca kita yang telah lama saya perhatikan. Antaranya juga termasuk penulisan yang perlu dibuat bersama dengan mesra SEO supaya artikel tersebut boleh rank di laman pertama di carian enjin google.

Nak tahu apa kaitannya? Tunggu kandungan artikel saya yang seterusnya, kerana saya akan dedahkan satu-persatu cara dan rahsia penulisan blog yang selama ini tidak ingin dikongsi oleh penulis otai yang lain kepada penulis baharu!
Rasanya cukup untuk kali ini, sebab saya tahu mata korang pun dah letih membaca teks tulisan saya yang panjang berjela.

Mama Murai: kalau macam ini saya pun nak berblog dan menulis untuk google-lah. Seronok tau tengok angka ribu-riban kat dalam analytics. Kadang-kadang rasa macam penulis tersohor pulak. Lepas itu, bolehlah saya tulis kat dalam blog dan dedahkan berapa juta pendapatan Innity bulan ini kononnya sebagai pembakar semangat kepada yang lain.

Ya!! Saya akan bekerja untuk pakcik google selepas ini.