Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Cara Mencari Blog dari Malaysia

Ada banyak blog di dalam internet dari seluruh dunia. Bagaimana mencari blog hanya dari Malaysia? Terdapat beberapa cara untuk mengetahui kewujudan blog-blog dari Malaysia.

bendera Malaysia

bendera Malaysia

1. CARI BLOG MENGGUNAKAN SEARCH ENGINE SEPERTI GOOGLE.COM

Google.com bukan sahaja menyediakan kemudahan mencari web, gambar, video tetapi juga blog. Hanya blog yang akan disenaraikan. Gunakan kata carian yang berbahasa melayu, kemungkinan untuk berjumpa blog bahasa melayu juga tinggi.

2. CARI BLOG MELALUI KOMEN DI BLOG

Masuk ke blog Malaysia sedia ada atau yang pernah dilayari sebelum ini. Pada bahagian komen kebiasaannya terdapat komen daripada blogger lain. Klik pada link blogger tersebut dan cari blog yang dimiliki beliau.

3. CARI BLOG MELALUI SENARAI LINK DI BLOG

Blogger juga suka berkongsi link blogger lain yang mereka kenali. Cari senarai link tersebut.

4. CARI BLOG MELALUI PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN OLEH PEMILIK BLOG

Pertandingan sering diadakan oleh pemilik blog. Melalui pertandingan boleh mengetahui kewujudan blog lain di Malaysia melalui komen dan peserta pertandingan :). Di sini juga kita boleh mengetahui blogger tempatan yang aktif.

5. TAHU BLOG MELALUI MEDIA ELEKTRONIK TEMPATAN SEPERTI MELALUI RANCANGAN TV DAN RANCANGAN RADIO

Rancangan tv dan radio juga turut menjadi medium agar blogger tempatan dikenali. Rancangan bual bicara sering memperkenalkan blogger tempatan.

6. TAHU BLOG MELALUI MEDIA CETAK TEMPATAN

Media cetak seperti majalah dan surat khabar mempunyai ruang iklan dan ruang artikel tertentu. Ada blogger yang turut menggunakan ruang ini, samada untuk menulis atau untuk mengiklan blog.

7. TAHU BLOG MELALUI FACEBOOK

Facebook merupakan antara media sosial yang paling banyak digunakan oleh rakyat Malaysia. Dengan facebook, kita boleh mengetahui kewujudan blog tempatan melalui artikel blog yang dikongsi melalui ‘share’, facebook page atau facebook group.

Dunia blogging semakin berkembang. Jom kenali blogger tempatan.