Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Cara Berkesan Menghasilkan Jualan Program Affiliate

Ramai pelayar internet tahu apa yang dimaksudkan dengan affiliate dan bagaimana affiliate berfungsi bagi menjana pendapatan secara online.Namun, pasti ramai yang belum mengetahui bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk menghasilkan jualan affiliate yang disertai itu.

Saya akan menulis mengenai perkara ini berdasarkan kepada konteks blog.Ini bermaksud, artikel ini akan memberi panduan ataupun tips kepada anda bagaimana cara berkesan menghasilkan jualan program affiliate melalui sebuah blog.Untuk itu, anda dinasihatkan supaya memiliki sebuah blog sebelum mempraktikkan cara ini.Terpulang kepada anda samada ingin memiliki sebuah blog percuma ataupun hendak melanggan blog yang berbayar.

Berbalik kepada tajuk utama iaitu bagaimana cara berkesan menghasilkan jualan program affiliate.

Umum mengetahui bahawa dunia internet merupakan sebuah dunia yang sangat luas.Ia juga berperanan sebagai sebuah pusat penyimpanan maklumat yang besar.Penyimpan-penyimpan maklumat ini pula terdiri daripada beberapa enjin pencari seperti Google, Yahoo!, Bing, Baidu dan sebagainya.Enjin-enjin carian ini akan memberikan kita maklumat berdasarkan kepada katakunci-katakunci tertentu yang ditaip pada bahagian carian.

Disebabkan oleh keluasan dunia internet dan banyaknya maklumat yang terdapat di dalam sesebuah enjin carian, maka persaingan untuk menduduki muka depan carian dengan katakunci yang tertentu amatlah sengit.Masing-masing berlumba untuk cuba menduduki takhta pertama muka depan enjin carian.

Di dalam konteks mempromosikan program affiliate, memastikan kempen promosi yang anda lakukan untuk berada di muka depan enjin carian amatlah penting.Kebiasaannya pencari maklumat di internet hanya akan melihat laman web yang berada di muka hadapan enjin carian sahaja dan jika mereka tidak menjumpai apa yang mereka cari, mereka akan menukar dengan katakunci yang lain pula.Amat jarang sekali pengguna internet menyelak sekurang-kurangnya sehingga ke muka surat 5 enjin carian untuk sesuatu maklumat.

Kita ambil contoh dengan salah sebuah program affiliate yang saya sertai iaitu Program Job Di Rumah.Jika pelayar internet melakukan carian dengan katakunci Job Di Rumah, blog ini akan menduduki carta kedua selepas laman web Job Di Rumah itu sendiri.Ia merupakan review daripada saya mengenai komisen yang diperolehi daripada program affiliate Job Di Rumah.

Job Di Rumah Screenshot

Job Di Rumah Screenshot

Dapat dilihat di atas bahawa saingan untuk menduduki muka depan enjin carian dikongsi dengan 4,150,000 hasil carian dengan menggunakan katakunci Job Di Rumah.Dengan jumlah sebanyak itu, sesuatu perlu dilakukan supaya artikel promosi yang anda tulis akan melekat di muka hadapan enjin carian.

Dan ini pula merupakan satu lagi contoh paparan skrin bagi katakunci yang berkaitan dengan Job Di Rumah iaitu cara jana pendapatan secara online.Sehingga sekarang, saya telah berjaya memperolehi beberapa komisen hasil daripada jualan yang telah berjaya dilakukan melalui artikel promosi yang berada di muka hadapan enjin carian ini.

Jana Pendapatan Online

Jana Pendapatan Online

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memastikan artikel affiliate yang ditulis berada di muka hadapan enjin carian dan seterusnya menghasilkan jualan seperti yang telah saya lakukan ini?

Jawapannya adalah SEO iaitu Search Engine Optimization.Adalah bagus bagi seorang pemain affiliate untuk mengetahui selok belok mengenai ilmu SEO.Ia penting bagi memastikan artikel promosi yang ditulis berada di muka depan enjin carian dan seterusnya peratusan untuk menghasilkan jualan adalah sangat tinggi.

Jadi, bagaimana untuk mempelajari ilmu SEO?

Jika dahulu, agak sukar untuk mendapatkan ilmu seperti ini kerana tidak ramai pakar yang sudi menulis dan mendedahkan ilmu dan teknik SEO mereka.Namun begitu, seorang blogger yang sangat otai di dalam bidang affiliate iaitu Encik Titan telah menulis sebuah e-book mengenai tips dan cara meningkatkan SEO bagi tujuan menghasilkan jualan di dalam perniagaan affiliate.Untuk makluman anda, segala ilmu berkenaan SEO serta tips-tips program affiliate telah ditulis berdasarkan daripada pengalaman beliau selama lebih kurang 10 tahun di dalam bidang perniagaan affiliate.