Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Budak Lelaki Octopus

Banyak perkara yang aku suka tulis. Dan menulis mengenai sesuatu yang pelik pun satu kegemaran aku. Dan entri kali ni, aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai seorang budak lelaki yang digelar Budak Lelaki Octopus.

kumar2Kumar menjadi talent kepada fotografer

Deepak Kumar Paswaan, berasal daripada Buxar, Bihar (Timur India) berbeza daripada kanak-kanak lelaki yang lain. Kerana mempunyai kembar yang melekat pada dadanya. Disebabkan keanehan pembesaran pada Kumar, dia digelar sebagai Budak Lelaki Octopus oleh masyarakat India di sana. Tak cukup dengan itu, ada jugak yang anggap dia sebagai Tuhan dan sebahagian yang lain menganggap dia sebagai Syaitan. Kesian kan? Apalah salah budak kecik ni.

Semasa kelahiran Kumar, doktor mengesahkan bahawa jangka hayat Kumar takkan lama. Ini kerana kembar yang melekat pada dadanya itu bertindak seperti parasit. Di mana ia meresap nutrien dan makanan Kumar.Jangkaan doktor itu ternyata salah, kerana selama 8 tahun hidup Kumar, dia masih sihat dan bertenaga. Cuma, kadar pertumbuhan kembar Kumar didadanya itu sama dengan kadar pertumbuhan Kumar itu sendiri. Semakin membesar badan Kumar, semakin besar juga kembarnya. Dan hal ini menjadi masalah dan bebanan bagi keluarga Kumar.

kumar pakai bajuKumar melakukan tugas harian

Berita mengenai Kumar tersebar keseluruh India. Dan dengan cara ini, ramai orang menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga mereka untuk melakukan pembedahan membuang kembar parasit di dada Kumar. Sememangnya bantuan itu sangat diperlukan oleh ibu dan bapa Kumar memandangkan mereka hanya bergaji $2 sehari.

Berkat bantuan kewangan orang ramai, keluarga Kumar mampu untuk membayar kos pembedahan Kumar. Dan sebagai negara yang terkenal dengan kemahiran kedoktoran, Kumar dibedah dan diselamatkan dengan jayanya dengan usaha doktor-doktor pakar di India.

kumar bedahsewaktu Kumar dibedah

Dan hari ini, Kumar telah pun sihat dan menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain.

Kumar berkata ” Saya letih untuk menjadi berbeza daripada budak-budak lain. Saya cuma nak jadi budak-budak normal”, selepas pembedahan itu.

kumar sihat Tahniah Kumar, semoga anda menjalani kehidupan yang lebih bermakna selepas ini.