Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Bau Yang Paling Menyegarkan

Secara asasnya hidung manusia menggunakan berjuta-juta sel untuk mengesan lebih kurang 10,000 jenis bauan. Walaupun jumlah tersebut jauh berkurangan dari kapasiti deria bau haiwan namun ianya sudah mengcukupi bagi manusia untuk mengecapi hidup yang berkualiti. Hidung juga didapati berfungsi secara optimum atau paling baik sekitar waktu petang berbanding dengan waktu lain sepanjang hari.

bau rumput

bau rumput

Hidung setiap individu juga mempunyai keupayaan menafsirkan bau yang berbeza di antara satu sama lain walaupun pada objek yang sama. Contohnya jika diberikan sekuntum bunga kepada dua individu, setiap individu terlibat akan menerangkan pengertian bau bunga tersebut secara berbeza-beza. Dengan kata lain setiap individu mempunyai identiti tersendiri dalam menjelaskan apa yang dihidunya.

Memandangkan setiap individu mempunyai pengertian tersendiri mengenai bau yang dihidunya, apa bau yang kita rasa paling menyegarkan bagi kita? Bila terhidu aje terus rasa segar dan bersemangat.

Bagi blog ni bau yang paling menyegarkan dan paling digemari adalah bauan rumput di padang selepas hujan. Cukup membangkitkan semangat.

Lain orang lain cita rasanya, mungkin ada orang bau paling menyegarkan mereka adalah bau bunga, bau semburan perfume di pagi hari, bau masakan dan macam-macam lagi serta tidak mustahil ada orang yang terasa teruja bila dapat cium bau kepingan nota ringgit.

Apa yang pasti setakat hari ini blog ini tidak pernah menemui mana-mana individu yang mengakui bau hangit ketiak sebagai menyegarkan dan mampu meningkatkan semangat, begitu juga bau kasut basah mahupun bau angin yang keluar dari bawah tu.

Boleh kongsikan apa bau yang paling fresh bagi korang semua?