Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Bakat TV – Malam Kemuncak Inspirasi 2011

Malam ni kami tak ada ke mana – mana jadi kami semua lepak sahaja kat rumah.. ada yang main PSP, SMS dan berfacebook sambil bermain Cityville dengan secara tak sengaja kami membuka tv dan termenonton rancangan Bakat TV , Emmm .. mungkin malam akhir kot..

bakattv

bakattv

Kami pun tak tahu ada rancangan ni.. Bakat TV Malam kemuncak Inspirasi, tengok tajuk rasanya malam ni final kot, so kami pun tak boleh nak cerita banyak mungkin kurang publisiti atau kami yang tak tahu pasal rancangan ni.

Rancangan Bakat Tv ini menggunakan Undian SMS disamping WOW factor.. iaitu kekuatan sorakan penonton di studio. Ada bakat tarian, bakat muzik solo, bakat nyanyian berkumpulan. Apapun kami akan cuba update mengenai Bakat TV Malam Kemuncak Inspirasi.

Sedikit Informasi mengenai Rancangan Bakat TV dari ManggaOnline

Kini setelah lebih 25 tahun program realiti ini tertimbus dek lambakkan rancangan baru, RTM dengan bangganya menerbitkan semula rancangan Bakat TV ini dengan memberikan sedikit suntikkan interaktif baru yang lebih segar dan sesuai dengan peredaran zaman.

Memberi peluang kepada seluruh masyarakat Malaysia yang berusia lima tahun keatas untuk mengembangkan bakat terpendam sama ada secara individual atau berkumpulan mengikut lima kategori iaitu bakat tarian solo atau berkumpulan, bakat nyanyian berkumpulan, bakat silap mata dan ventriloquism, bakat bermain alat muzik dan bakat melawak.

Dari segi format permarkahan, sepuluh peratus diukur melalui impak tepukan gemuruh dan kekuatan sokongan penonton di studio, sepuluh peratus lagi diberi daripada khidmat undian SMS, dan selebihnya 80 peratus daripada juri profesional iaitu diadili oleh Pat Ibrahim (tarian), Syafinaz Selamat (vokal), Mr. Os (persembahan dan komedi) dan seorang wakil daripada pihak RTM.

kami akan cuba update keputusan malam ni… setia bersama kami..

Bakat tv Malam Kemuncak Inspirasi 2011

Keputusan Bakat Tv 19 Julai 2011 .
Bakat paling popular: Razali

Johan: Razali
Kedua: Putera
Ketiga: Warisan Seni Negeri Sembilan

Tahniah kepada Razali…. Bakat TV 2011… enjoy uols…