Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Apakah Kebolehan Anda Dalam Bahasa Arab?

Bahasa Arab, bahasa Al-Quran. Tapi, kenapa kita orang Islam sendiri tak ramai yang boleh bercakap dalam bahasa Arab ni ya? Sebenarnya saya dah lama nak buat survey pasal ni tapi baru kali ni saya saya berani. Susah juga kalau jadi penakut kan? hahahaha! Takut pada pandangan orang adalah musuh manusia dalam diam 😉

bahasa arab

bahasa arab

Hmm, dengar cerita lagu Penakut Yuna cetus kontroversi AIM ke?

Ok, berbalik pada survey yang saya nak jalankan ni. Saya rasa pembaca blog saya ni 90% adalah berbangsa melayu, beragam Islam. Tapi, saya nak tahu jugalah berapa ramai yang tahu Bahasa Arab, yang boleh bertutur dalam bahasa Arab, boleh menulis dalam bahasa Arab mungkin.

Agak-agak berapa ramai ya? Yang pastinya, saya sendiri akan isi survey ni. Wahahaha!!! Agak-agak korang, saya ni boleh ke bertutur dalam bahasa Arab? Cuba teka! hahahaha!!!! Tak apa, kita buat survey ni dulu, tapi saya tak tahulah dapat sambutan ke tidak survey ni. Kita cuba dulu. Tak cuba, sampai bila tak tahu kan?

Ok, kalau ada yang sudi join (heharap sudilah.hahaha!) boleh jawab survey “Apakah kebolehan anda dalam bahasa Arab?” yang saya letak di bahagian bawah entry ni. Untuk apa survey ni? Ok, saya baru terfikir dan terlintas nak mendalami bahasa Arab selepas menonton rancangan Kampus Dunia di Tv Al-hijrah tadi. Seronok juga kalau pandai bahasa Arab ni.

Masalahnya ialah, saya nak tahu susah ke tidak bahasa ni untuk saya berlajar dari asas. Saya nak tengok keputusan survey dulu, macam mana agaknya. Mungkin ramai yang boleh bertutur, menulis dan mungkin tak boleh bertutur dan menulis tapi masih boleh faham ayat atau perkataan arab kan?

Kalau percentage keputusan survey ni agak positif, maksudnya saya pun boleh mahir dalam bahasa Arab ni. hehehe!! Kalau negatif, mungkin kita sebagai umat Islam kena ambil perhatian kot.

Kenapa kita sibuk belajar dan berbangga dengan bahasa dunia, sibuk ambil kelas bahasa Inggeris sedangkan bahasa Al-Quran kita tidak ambil peduli?

Tak apa, tak apa. Kita tengok keputusan survey dulu. Nanti saya akan tulis entry lain berkaitan keputusan survey ni 😉 Harap dapat bantu saya untuk ajak kawan-kawan lain jawab survey ni ya. Terima kasih sekali lagi.