Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Anti iPhone: Nokia Kinetic

Kepada semua peminat-peminat gadget terkini, ada berita baik untuk anda semua. Selain daripada menggunakan iPhone sebagai lambang kekayaan korang dalam kehidupan, apa kata kita beralih pulak dengan phone daripada pak cik Nokia. Ingat lagi pak cik Nokia? Takkanlah tak ingat, zama-zaman 3310 menjadi kegilaan dulu, janganlah lupa ye!

nokia kinetic

nokia kinetic

But now, Nokia concept phone yang baru ni sangat mengujakan. Diberi nama sebagai Nokia Kinetic, phone ini sememangnya memberikan kelainan yang tersendiri daripada phone yang lain, termasuklah berlainan daripada iPhone cap Apple itu sendiri. Cakap banyak tak guna, korang tengok ah dulu gambar-gambar Cokia Nokia Kinetic ni dulu.

nokia kinetic 2

nokia kinetic 2

nokia kinetic 3

nokia kinetic 3

Fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Nokia Kinetic:

1. Sebarang aktiviti luar kawalan seperti menerima panggilan,sms atau alarm berbunyi akan membuatkan phone ini berdiri dengan sendirinya jika ia diletakkan di atas permukaan yang rata seperti meja. Pergerakan ini disebabkan terhasilnya pengalihan berat daripada base phone itu sendiri menggunakan konsep elektromagnet.

2. Jika korang nak matikan alarm atau dismiss call, just tap je pada phone Kinetic ni secara lembut. Ianya akan turun semula. Cool kan?

3. Idea Nokia Kinetic ni datangnya daripada designer British, Jeremy Innes-Hopkins.

Dan sebenarnya, Nokia Kinetic ni masih lagi dalam Concept Phone. Belum lagi dihasilkan. Dan kemungkinan semua konsep yang sedia ada ni dikekalkan, agak tipis. Ho Ho Ho. Semoga phone ni berjaya ah buatkan ramai orang tak beli iPhone! Yeah!

Video Mengenai Nokia Kinetic

Anti iPhone: Blackberry Concept Phone Bakal Menyaingi Iphone 5

Blueberry Blackberry atau lebih mesra dipanggil sebagai BB kini telah pun semakin establish kat Malaysia. Dah bersepah kita tengok orang pakai telefon cap BB ni. Kalau dulu cuma kat Amerika ngan Europe je orang pakai BB. Sekarang kat Malaysia pun dah ada beb. Bayangkanlah, budak belum ambik PMR sekarang pun dah pakai BB. Siap rajin update status kat Facebook lagi. Cilakak. Kaya betul mak bapak diorang ni. Bagilah basikal mountain bike ke, kasut joging ke, raket badminton cap Li Ning ke, barulah anak-anak diorang sihat. Tak gitu?

So, kepada sesiapa yang gila dengan gadget BB ni, tengoklah prototaip yang menarik ni. Kalau dah keluar nanti, pergilah beli 2 atau 3 bijik. Apa ade hal? Orang Malaysia kaya beb!