Web
Analytics Made Easy - StatCounter

Aktiviti Si Penganggur Sepenuh Masa di Rumah

Artikel yang ditulis hari ini merupakan wujud hasil daripada perasaan memberontak yang semakin membuak-buak dalam diri. Iaitu perasaan semulajadi remaja yang suka mencuba perkara baru tanpa memikif dengan matang.

andaikan kura2

Ini antara aktiviti saya sepanjang dua bulan bercuti. Sekurang-kurangnya, taklah ketinggalan sangat.

1. Blogging

Mula-mula tu aktif gak, tapi bila dah fokus ke benda lain.. Maka pengeluaran entri pun mula surut. Blogwalking pun hampir menapouse.. Kecuali balasan kepada komen, sebab saya wajib melantun ke blog mereka balik. Btw, saya tak pernah ketinggalan menjenguk blog abg Ben dan Papamifz walaupun dah jarang tinggal komen kat sana.. Sebab suka tengok perkembangan Qhaliff dan Mifz..

2. Belajar skrip HTML dan Java Script

Ni disebabkan oleh pengaruh dari Lyssa faizureen yang comel tu lah. Bila dah selalu tengok tutorial dan tukar-tukar design blog ni.. Penggunaan object-object dalam html dan Java Script semakin jelas dan rasa mudah. Apatah lagi bila dah berkenalan dengan w3school tu hah. Di sana, kita boleh edit script sendiri dan try, jadi atau tak.. Memang best. Sampaikan teraasa nak tukar bidang.. Oh ye, satu lagi.. Pasal script facebook viral aplication tu.. Huh, bergadai nyawa nak belajar.. Btw, saya bukan orang bisnes sangat, so tak berapa nak fokus lah.. Kepada orang bisnes, saya amat sarankan korang untuk lihat dan search pasal script ni.. Tak dapat skrip, ambik servis pun takpe.. Berbaloi.

3. Jahitan kraf

Alkisahnya bermula apabila melihat sebuah patung kucing daripada kain, buatan homemade. Kelihatan sangat comel dan nampak bukan sangat susah unutk membuatnya. Apa yang diperlukan adalah kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Bila jahitan tu diamati, terasa kasih sayang yang disalurkan oleh penjahit patung tersebut. Mengalir sehingga ke lubuk hati. Bak kata orang, dari mata, turun ke hati.. Ceewah, ini dah lebih.. Hmmm, tapi praktikalnya belum lagi dong sayang.. Baru lakarannya aja dong.. Tapi, insyaAllah.. Ada masa, ada rezeki, ada bahan, bolehlah lakaran 2D tu diaktifkan menjadi 4D..