Web
Analytics Made Easy - StatCounter

10 Cara Buat Blog Mesra Pengguna

Salam, blog mesra pengguna banyak memberi kemudahan kepada pengguna. Ada dua deria utama yang digunakan oleh pengguna apabila melawat blog kita iaitu mata dan tangan, kadang-kadang telinga :). Blog mesra pengguna lebih berorientasikan pengguna atau pelawat. Blog mesra pengguna dengan mudah memberikan apa yang pengguna mahukan.

mesra pengguna

mesra pengguna

Di bawah disenaraikan 10 perkara untuk buat blog mesra pengguna.

1. Perkataan mudah dibaca

Pelawat mudah membaca setiap perkataan yang dipaparkan terutamanya perkataan dan ayat-ayat di post.

2. Link mudah dilihat

Pastikan pelawat mudah mengenali link di blog. Link akan membawa pelawat anda mengembara di dalam blog atau ke tempat lain :). Pengembaraan bermula.

3. Gambar yang jelas

Pastikan gambar jelas, dapat dipaparkan sepenuhnya. Pelawat dengan mudah memahami gambar yang dipaparkan, kecuali jika anda ingin berteka-teki.

4. Masa loading cepat

Pastikan masa loading cepat. Masa itu emas :).

5. Boleh dilihat secara mobile

Pastikan blog boleh dilihat secara mobile. Untuk kepastian, lihat blog anda menggunakan telefon atau peranti orang lain :).

6. Boleh dilihat di browser yang popular

Pastikan blog boleh dilihat di browser yang biasa digunakan seperti internet explorer, google chrome, safari atau mozilla firefox.

7. Gunakan bahasa yang mudah difahami pelawat

Pastikan pelawat memahami bahasa anda. Di Malaysia, bahasa melayu paling ramai yang memahaminya.

8. Kurangkan kerja pelawat

Pastikan apabila pelawat memasuki blog anda, tiada banyak kerja yang perlu dilakukan.

9. Button yang mudah digunakan

Pastikan button seperti button facebook, googleplus atau twitter mudah digunakan. Mudah klik, mudah taip.

10. Ruang komen mudah digunakan

Pastikan ruang komen mudah dilihat, mudah ditaip, mudah dihantar dan mudah dilanggan agar pemberi komen terutamanya boleh mengetahui maklumbalas kita.

Setakat ini dahulu. Salam ceria 🙂